Pembinaan Portal

Tahniah diucapkan kepada semua GC yang telah menghadiri Kursus Pemantapan Portal MGC Segamat pada 21 November yang lalu. Diharapkan kursus ini akan dapat memberikan ilmu kepada semua GC dalam menggunakan media masa kini iaitu ICT.Kini semua aktiviti GC boleh dilaporkan terus melalui portal untuk kebaikan semua. Ingatlah bahawa ilmu itu akan luput jika ianya tidak diamalkan. Oleh itu marilah kita bersama-sama menjadikan portal MGC Segamat ini terus hidup dan mendapat hits yang berterusan bagi mereka yang memerlukan.Dari WebAdmin, pastikan posting dilakukan mengikut ketetapan yang telah dipersetujui dan saya akan sentiasa memantau portal ini serta melakukan beberapa pengubahsuaian jika perlu.

Guru Gemerlang

Guru Cemerlang
“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang

Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan.

Jawatan-jawatan yang dinyatakan tadi merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah.

Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat.

Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.

Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang

Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.
Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
Meningkatkan motivasi guru.
Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.
Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP).
Di petik dari Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia